Friday, 20 September 2013

SEDIH

assalamualaikmu, di saat ku menulis blog ini, aku menangis, 
ya tuhan!!  kenapa harus ku alami semua ini, 
ya tuhan!! betapa tersesaknya batinku saat ini, 
ya tuhan, apakah aku akan terikat dengan hidup sedemikian

 ya Allah, di pagi ini, aku ke libary bersama teman2 kuliahku, 
mentelaah pelajaran utk exam yang akn tiba pada besok hari.

aku boring2
 maka, aku on9 fb, dan saat ini, aku telah bertemu dengan penulis2 tarim, 
penulis yang merobek hatiku,
  habib nabil husin, serta hubabah halimah
 menyesakkan lagi parah lukaku,
 aku  merindui kota tarim!!
https://www.facebook.com/husin.nabil

ahha, habib membalas msgku, aku berita kpd habib, aku ingin sambungan buku habib, 
kata habib, belum dicetak, insya-allah nanti kan diinfokan kembali.
 Allah , beruntungnya aku saat ini,

https://www.facebook.com/halimah.alaydrus.page
dan klemarin, tema fbku bertemu dengan hubabah halimah, mereka bersalaman dan berpelukan
ya Allah jelesnya aku!!
ku harap aku juga dapat ketemu mereka semua, 
aku cinta pada mereka semua  

coretan kisah mereka akan aku abadikan dalam blog ini, insya-allah

   aku buka youtube
aku menaip habib munzir, 
ya habib munzir telah kembali ke hadra illahi
masih segar ingatan ku padanya, 
ini sudah kali yang keberapa aku menangis kerana habib, 
aku rindu habib!

 Habib Munzir Al-Musawa

 *seriusly, aku masih x dapat percaya akan hal ini
it hard for me menerima khabar ini, biarpun, telah ku melihat sekujur tubuh habib berbaring dengan tenangnya

ya rabb bertapa ruginya aku!! berapa ramai lagi kekasihmu akan Kau ambil pada zamanku??,

Ruginya aku!! mereka hidup di zamanku, namun x bisa aku belajar dengan para kekasihmu

Ya Rabb , kumpulkanlah aku bersama dengan para kekasihmu di dunia lagi,sebelum Kau menghisab ku di yaumil kiamat

ahh!! aneh, rindu namun x pernah ketemu!!
ya , karamah, ceramahnya, penulisannya
ahh!!!!sangat ku minatinya!!

akulah makluk yang sangat rugi,
mereka para2 kekasih Allah , hidup zamanku,
namun x kesempatan utk kau ketemu mereka!!

kelmarin, aku juga mengedit gambar2 tarim

 , memandangka minggu ini, mmg x ade apa2 yang ingin ku coretkan.
ini sahaja coretan minggu ini,
doakan aku, exam akn bermula pada esak hari, hingga seminggu lamanya

Saturday, 7 September 2013

rezeki??



assalamualaikum wbt kebiasaan selepas isyak,  aku bace  ratib alhadad karangan al-iman al-qutub abdulullah bin al-haddad.  di musolla/ surau AMK, semasa sampai ke bacaan""mohonlah hajat anda pada bacaan ini. so??

.aku doakan untuk seorang habib yang x pernah aku jumpanya.  aku x pernah mendoakan  seseorang untuk panjangkan umur.hatta ibu bapaku sendiri, aku hanya mendoakan supaya Allah merahmati keluarga kami. but malam ni aku mendoakan panjang umur pada habib.

3 dari kiri :Habib Muhammad bin Alwi al Attas. Mudir Madrasah al Khairat, Kuching.

macam mana aku kenal habib? panjang ceritanya, aku x pernah jumpa habib, aku hanya pernah berkirim salam pada habib,melalui teman2 fbku, yang merupakan anak murid habib , boleh dikatakan sahabat fb ku yang menetap di sarawak adalah anak murid habib.

habib Sudah 30 tahun berada di bumi Sarawak Darul Hana. Sabar berdakwah di bumi ini tanpa pernah mengeluh.
habib Berhijrah dari Acheh ke Sarawak, dari tahun 80an hingga kini. Msyrkt di sini masih belum kenal lagi dengan ratib, maulid & mcm2 lagi, sekarang baru mengenali. Rupanya beliau dah 30 tahun mendidik dan berdakwah dgn sabar di sini

knp doakan panjang umur pada habib?

coz, aku harap suatu saat nanti , aku dapat menjadi anak murid habib,
aku nak belajar arabic!!! ,
aku nak masyi arabic!! 

yeee, sekarang memang aku dalam aliran agama. but aku x tahu nak mula dari mana.. baru sekarang timbul untuk belajar arabic,

habib dah berumur 60,  dan aku takut Allah lebih sayangkan habib. yeee.. ajal maut ditangan Allah. , 

dan baru2 ni aku ada dengar  radio ikim berkenaan seorang  muallaf(adam), beliau sudah masuk islam dalam 3 tahun yang lalu, dan dah  8 bulan  lalu, berkahwen dengan anak prof muhaya . menantu prof muhaya tau!!!

subhanallah, apa yang dikata oleh adam??

"saya setiap bulan ramadhon saya berharap dapat megambil ijazah dalam aliran agama, dan alhamdulillah sekarang saya dah berdaftar dalam aliran ini, kerana
SAYA INGIN MENJADI HAFIZ"



Allah, bergetar tubuhku mendengar kata2 beliau di corong radio,
 aku harap suatu saat nanti cita2ku yang untuk menjadi hafizah menjadi keyataan,
 sekarang aku sudah mula menghafal surah lazim,
(zaman sekolah suka ponteng kelas quran, kelas agama thanawi, x sah kata,hilanggg terus bayang, x hadir!! )
aku berharap biar lah perbuatan aku ini istiqomah, ini dah kali ke berapa, aku berazam utk menghafal quran??? aku x kuat!! aku pernah repeat/ulang  Quran kerana aku fail/gagal exam. alhamdulillah selepas repeat aku memperolehi A dalam subjek ini . syukur!!! tebus dengan  puasa nazarku, ^__^

walaupun sesibuk manapun diri ini, jangan tinggalkan quran, hafallah biarpun satu ayat dalam satu hari.

AL-quran adalah sebahagian dari hidupku 
al-quran akan mengubah hidupku
al-quran akan mendekatkan diriku pada Allah swt

al-quran adalah kehidupan Rasulullah saw

dan aku tahu, sesuatu yang mustahil, and x  logik dek akal untuk aku menghafal satu kitab suci itu.
namun dengan kekuasaan Allah dan RahmatNya sahaja. dapat aku lakukan

kenapa nk jadi hafizah??  susoh wei,leceh, nanti ko x ingat ayat yang dihafal , ko berdosa tau!!

ye aku tahu,  aku pernah terbaca,
orang yang menghafal  satu  juz berada di salah  satu tangga  syurga. darjat  yang dia dapatkan sesuai dengan banyaknya juz yang dia hafal.



bacalah  al-quran , sesungguhnya pada hari kiamat nanti al-quran akan datang sebagai pembawa syafaat bagi pembacanya  (HR muslim)
erm, aku juga boleh dikotegeri antara anak yang nakal,sebab tulah , ummi aku suruh aku masuk aliran agama, sebab aku telampau nakal pada zaman sekolah, banyak aku buat kes,
biarpun aku sekolah agama atas.

aku nak syafaatkan keluarga aku. aku sayang ummi abi, akhi, sayang(adik)
dengan itu, aku nak jadi hafizah!!


AKU HARAP , AKU MEMPUNYAI REZEKI UNTUK MENJADI ANAK HABIB, DALAM MASA YANG SAMA, AKU DAPAT MEMGETAHUI ASAS2 BAHASA ARAB

THEN DALAM MASA YANG SAMA, AKU NAK JADI HAFIZAH!!

SEMUA INI BERSEDIAAN KE TARIM, HADHAMAUT, YEMEN








Monday, 2 September 2013

TENTANG TARIM


assalamualaikum,baru2 ini aku ada membeli buku2 berkenaan kota tarim, hadramaut serta  para wali allah di sana. masya-allah, tak kering air mataku mengalir kerana menrindui kota tarim ini.alhamdulillah dalam proses untuk aku mengkhatamkan/selesaikan bacaan buku2 ini.

apa yang ada pada kota tarim?



ya! apa yang ada di sana, kota tarim terletak di hadramaut, yaman. dan kota ini tepenuhi keturunan rasulullah saw semenjak penghijrahan  Sayyidina al-Iman al-Muhajir Ahmad bin Isa r.a. sebelumnya para zuriyyah rasulullah saw tinggal di bashrah,tatkala terjadi kekacauan dan fitnah besar-besaran di kalangan umat islam sehingga muncul berbagai aliran sempadan.maka  para zuriat rasul hijrah ke tarim untuk menyelamatkan akidah murni islam yang berlandaskan ahlusunnah wal jamaah.


makam Sayyidina al-Iman al-Muhajir Ahmad bin Isa r.a


dan sehingga kini, kota ini dipenuhi zuriat rasulullah saw.

kota tersebut hidup dengan sunnah2 rasulullah saw, tak kurang juga akhlak2 para zuriatul rasulullah saw di sana, mengikut lulurhan akhlak rasulullah  saw. mereka2 di sana hebbat ibadah kepada rabb /tuhan . jangan kalian terkejut/terperanjat, jika tukang sapu adalah seorang hafiz/hafizah al-quran. subhana allah



perhatian!!!, aku bukan  penduduk tarim atau ahli-tarim, tetapi, aku adalah salah seorang insan yang merindui kota ini. aku belum pernah melangkah kaki di kota ini, entah bila timbul cinta pada kota ini. 




yeee.. memandangkan sebelum ni banyak aku banyak postkan tarim,hadramaut di facebook/fb, dan ramai yang bertanya, 

student/pelajar di tarim?? . 
aku hanya mampu tersenyum, mengharapkan persolan mereka adalah satu doa untukku.

aku sering bertawasul pada rasulullah saw, serta para waliyullah di sana, samaada  mereka sudah wafat mahupun masih hidup, supaya suatu ketika dapat  ku menghirup kehidupan warga kota tarim. 

DARAKAH YA AHLAL MADINAH YA TARIM WAAHLAHA



dan kini. aku sedang deactive fb, kerana berbagai sebab yang berlegar2 permain di pikiranku, tambahan lagi final exam semakin hampir. aku ingin kurangkan penglibatan diriku dalam alam maya. serta kurangkan pembaziran waktu. supaya boleh ku fokus pada kehidupan realiti :)


ah, jika aku menceritakan kota ini, tak tidurlah aku malam ni, ahh,,tanpa sedar sudah larut malam,aku cau/ pergi dahulu, moga di kemudian waktu. ku ceritakan berkenaan tarim yang telah ku  telaah dari buku2





Wednesday, 28 August 2013

BERKENAAN DIRIKU


aku hanyalah budak kampus, di saat ku menulis blog ini, tak ada yang menarik berkenaan diriku. aku seperti remaja2 di luar sana. di saat diri meningkat remaja, 

aku mencari sesuatu yang tak pasti. ape sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ku? , mungkin sekarang pra perubahan dari zaman sekolah ke zaman universiti.

aku bukannya insan terpilih yang sering bertalaqqi kemajlis2 bersanad, kerana banyak faktornya,salah satunya kerana ku perempuan,  suatu saat nanti aku berharap akulah insan terpilih yang sentiasa duduk di taman2 syurga, yang bisa ku perolehi syaikh untuk membimbingku 



dalam buku merantau ke negeri para wali, di sebut kitab adab suluk al-murad, oleh habib abdullah bin alwi al-haddad, berkenaan syaikh(pembimbing spiritual)

jika kau mendapatkannya, maka lemparkanlah dirimu kepadanya. jadikan ia menghukumi segala masalahmu. kembalilah kepada pendapat dan usulannya pada setiap hal yang kau hadapi. ikutilah setiap perbuatan dan ucapannya

jika seorang murid tidak menemukan syaikh, maka hendaklah ia terus-menerus bersungguh-sungguh dan giat, serta memiliki keteguhan yang sempurna dalam memohon dan mengemis kepada Allah swt agar mendatangkan seorang syaikh yang akan memberi pentunjuk kepadanya. 

maka Dia  yang mengabulkan permintaan orang yang dalam keadaan sempit, pasti akan mengabulkan permintaannya.

Dia yang menjemput tangan hambaNya , pasti akan mempertemukan seorang syaikh baginya


aku hanya insan yang diberi Tuhan, gemar membaca, alhamdulillah dengan membaca banyak dapat ku tambah ilmuku

saat ini,waktu ini 28/8/13, aku hanya pelajar yang tak ada apa kebolehan, kelebihan dalam apa2 bidang/ aliran,
 aku bukanlah yang mashi/pandai bahasa arab. ku harap suatu saat nanti, akan ku fahami bahasa kakekku Rasulullah saw

serba sedikit berkenaanku, aku peljar universiti  Malaya , nilam puri kelantan, aliran pendidikan islam berumur 19.berasal dari terengganu

dulu aku tak tahu apa misi dan visiku. sekarang aku ketahui , aku wajib pandai  bertutur dalam arabic.
 insya-allah, sekarang aku sedang bertatih, pedih , perit segalanya. 
siapa2 yang mengenali diri ini, aku terkenal dengan yang brutal2 ckit/ lurus bentul/ tak punya perasaan, dan bla3