Wednesday, 28 August 2013

BERKENAAN DIRIKU


aku hanyalah budak kampus, di saat ku menulis blog ini, tak ada yang menarik berkenaan diriku. aku seperti remaja2 di luar sana. di saat diri meningkat remaja, 

aku mencari sesuatu yang tak pasti. ape sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ku? , mungkin sekarang pra perubahan dari zaman sekolah ke zaman universiti.

aku bukannya insan terpilih yang sering bertalaqqi kemajlis2 bersanad, kerana banyak faktornya,salah satunya kerana ku perempuan,  suatu saat nanti aku berharap akulah insan terpilih yang sentiasa duduk di taman2 syurga, yang bisa ku perolehi syaikh untuk membimbingku 



dalam buku merantau ke negeri para wali, di sebut kitab adab suluk al-murad, oleh habib abdullah bin alwi al-haddad, berkenaan syaikh(pembimbing spiritual)

jika kau mendapatkannya, maka lemparkanlah dirimu kepadanya. jadikan ia menghukumi segala masalahmu. kembalilah kepada pendapat dan usulannya pada setiap hal yang kau hadapi. ikutilah setiap perbuatan dan ucapannya

jika seorang murid tidak menemukan syaikh, maka hendaklah ia terus-menerus bersungguh-sungguh dan giat, serta memiliki keteguhan yang sempurna dalam memohon dan mengemis kepada Allah swt agar mendatangkan seorang syaikh yang akan memberi pentunjuk kepadanya. 

maka Dia  yang mengabulkan permintaan orang yang dalam keadaan sempit, pasti akan mengabulkan permintaannya.

Dia yang menjemput tangan hambaNya , pasti akan mempertemukan seorang syaikh baginya


aku hanya insan yang diberi Tuhan, gemar membaca, alhamdulillah dengan membaca banyak dapat ku tambah ilmuku

saat ini,waktu ini 28/8/13, aku hanya pelajar yang tak ada apa kebolehan, kelebihan dalam apa2 bidang/ aliran,
 aku bukanlah yang mashi/pandai bahasa arab. ku harap suatu saat nanti, akan ku fahami bahasa kakekku Rasulullah saw

serba sedikit berkenaanku, aku peljar universiti  Malaya , nilam puri kelantan, aliran pendidikan islam berumur 19.berasal dari terengganu

dulu aku tak tahu apa misi dan visiku. sekarang aku ketahui , aku wajib pandai  bertutur dalam arabic.
 insya-allah, sekarang aku sedang bertatih, pedih , perit segalanya. 
siapa2 yang mengenali diri ini, aku terkenal dengan yang brutal2 ckit/ lurus bentul/ tak punya perasaan, dan bla3