Thursday, 20 February 2014

ZIARAH MAKAM, ULAMA' SERTA TAREKAT. (2)

sambungan.......

aku rase, semua aku nak ceritakan. aku rase semua ilmu aku dapat, semuanya penting. Insya-Allah, jika Allah mengizikan aku ,memberi kudrat utk aku menaip dan ceritakan . insya-allah aku akan lakukan. Niat pertama2 aku buat blog bukanlah utk dibaca khalayak. namun ini adalah aku. AKU!.  jika bermanfaat ambil, jika tidak, tinggalkan ia.
ayah mat ludang paku

bismillah, mula2 kami menziarahi ayah mat ludang  paku, penjaga makam guru beliau iaitu syeik said, dan gurunya syeikh ismail.  utk mengetahuan korang , info yg aku perolehi , mungkin ayah mat adalah waris terakhir pemegang aurad ismailiyah. aurad ini bermula  dari syeikh ismail turun kepada syeikh said dan akhirnya kepada ayah mat . alhamdulillah sempat mengambil ijazah serta mohon doa dari beliau.

pemerhatian aku semasa menziarahi beliau, mula2 kedatangan kami, ayah mat dlm keadaan berbaring sambil di hadapannya tersedia Al-Quran besar yang terbuka. mata serta telinganya masih jelas memerhati dan mendengar. usia beliau menjangkau 140 tahun. masya-allah, mungkin ianya dari asbab mengaji al-quran. Allah memberikan kelebihan, keistimewaan kpd beliau.

 aurad ismailiyah masih berlansung setiap hari khamis malam jumaat

 kawasan sekitar surau ayah 
 kawasan sekitar surau

setelah selesai menziarahi ayah mat, kami terus pergi ke makam syeikh said dan seterusnya ke makam syeikh ismail. Syeikh ismail dikenali sebagai Wali-Allah setelah terjadinya banjir besar.kisah beliau seperti peristiwa nabi Allah Nuh. banjir yang x dijangka. beliau meninggikan rumahnya pada musim kemarau. asbab perbuatannya beliau di tuduh gila. dan semasa banjir berlaku, hanya rumahnya yang terselamat.

makam syeikh said.

abe nik memberitahu kami, bahawa ada 2 cara adab dalam memberi doa dan miminta doa dari si mati(zahir)



 makam (luar) syeikh ismail

makam (dalam) Syeikh Ismail

setelah selesai menziarahi kedua-dua makam, kami kembali semula ke rumah ayah mat, untuk meminta izin pulang. zaujah ayah mat beritahu, kami lah perempuan(UM nilam Puri) pertama datang dalam masa terdekat ni. baru2 ini, hanya laki2  dari kias yang menziarahi ayah mat.

kami terus ke makam tuan guru Haji Lah Lubuk Tabah, seorang yang faqih, pakar dalam ilmu fekah, beliau adalah insan yang dirujuk berkenaan masalah fiqh. sehingga saat ini. masih tiada yang dapt menganti tempat beliau. kehilangan syeikh amat terasa dan terpukul. beliau antara guru pondok yang menjadi rujukan utama Tuan Guru nik Aziz sepanjang mentadbi kelantan 

sekitar makam lubuk tapah 

 makam tuan guru haji lah lubuk tapah

di bawah ini adalah makam Maulana Hassan, kepelikan beliau adalah, duit tidak diletak dalam poket baju tetapi hanya diletakkan di dalam plastik lalu di gantung di tepi2 wakaf.  kata2  beliau insya-allah akan menjadi, istilah orang kita, mulut masin :)

ni bawah ini juga gambar abe nik (kupiah hitam) serta tok siak (kupiah putih) . Tok siak lah yg membawa kunci2 makam yang kami ziarahi sebelum ni, syeikh said dan syeikh ismail. beliau adalah bekas  pelajar pondok di kawasan lubuk tapak ini.


setelah tamat menziarahi makam di sini, kami terus ke masjid kampung paya lada , ketereh, untuk menghantar tok siak pulang. syukran pada tok siak, kerana sanggup melayan kami. masjid ini jugalah, abe nik sebagai tok imam. 

 Masjid ini dibina atas wang penduduk setempat, tanpa meminta bantuan dari pihak luar. keajaiban masjid ini. malam ganjil pada bulan ramadhon dapat diketahui pentanda2nya dari masjid ini. perkara biasa ketika dahulu, lembaga2 berjubah putih solat bersama2 setelah memberi salam terakhir, terus makhluk berkenaan graib. pengalaman yang abe nik lalui, semasa mengambil wuduk bersama teman2nya. mereka melihat segombolan laki2 berjubah putih solat, dalam lingkungan masa 3 minit lalu terus graib makhluk berkenaan.

masjid paya lada, ketereh

kawasan dalam masjid.

Alhamdulillah, dapat juga seketika aku berikhtikaf di masjid ini, mengambil barokah :) . 


rumah ustaz saari

kemudian kami pergi ke  rumah Al-fahdil Ustaz Saari, Guru Musyrid Tarekat Ahmadiah , solat zohor  di sana, kami berbual sehingga waktu asar. dan pada hari itu jugaklah aku serta rakan2 menerima ijazah tarekat ini dari al-fahdil atau kata lain berbaiah dalam tarekat ini. ustaz ada beritahu sebelum terima zikir ini, sucikan diri dahulu, maksud disini, ustaz terangkan, kita mempunyai sebidang tanah, dan tanah berkenaan banyak pokok2 , seman samun yang x berguna, maka tebas/ potong dahulu pokok2 berkenaan.

 amalan kifarat dosa adalah   membaca  la ilaha illallah 70 ribu kali,  Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah Fii Kulli Lamhatin Wanafasin Adadama Wasiahullmullah  70 ribu kali, serta membaca qul (qul allahu ahad) 100 ribu kali. sebelum mengamalkan zikir tarekat ini

guru musyrid adalah mereka yang memang diiktiraf oleh para arif billah . untuk mengetahuan korang mana2 para habaib yang pernah bertemua ustaz, mereka akan menjadi sahabat karib, seperti yang berlaku kepada habib Ali Abu Bakar,(ijazah selawat nur) , habib hadir kelantan, di lapangan terbang habib bertanya mana ustaz saari.  mereka yang membawa ustaz langsung x meletakkan perjumpaan mereka berdua. 


dalam dialong kami, ustaz ceritakan berkenaan fana' (asyik dengan cintA Allah swt.) . khulul  istilah orang yang hampir dengan Allah, hatinya suci sesucinnya . sehingga kata2  disalah diertikan , seperti yang berlaku kpd  halaj, halaj  mengaku dia sebagai tuhan, namun itu bukanlah lidahnya yang berbicara. 
. setelah halaj di pancung, keluarlah darahnya membentuk kalimah lailahaillah.

kemuadian ustaz ceritakan Junaid al-bagdadi, seorang tokoh sufi, beliau dikerat tangan serta kakinya, namun masih hidup, lalu beliau menjawab dalam keadaan yang dikerat. "yang engkau lihat ini, adalah permulaan tasawwuf"

banyak yang diucapkan, tapi x semua dapat ku tulis, sidi Ahmad  pengasas tarekat ini pernah bertemu secara yaqozah dengan rasulullah saw, satu permintaannya iaitu barang siapa yang mengikut jalan tarekat ini sehingga 20 lapisan maka mereka adalah dalam penjagaan Rasulullah saw sendiri.  ijazah terus dari Rasulullah pada bacaan lailahailallah muhammadur rasulullah fii Kulli Lamhatin Wanafasin Adadama wasiahullmullah, kepasa sidi Ahmad.  aku melalui ustaz saari atau dari ayah mat abang bukit abal , aku adalah generasi yang ke tujuh. sanad tarekat Ahmadiah dari ustaz Saari adalah...

 1)sidi Ahmad kepada
2) sidi Ibrahim Arrsyidi kepada
3)sidi Muhammad
4) Said Linggi (negeri 9)
5)Rabiatul Adawiyah (anak perempuan syeikh linggi)
6)Ustaz Haji Saari.
dan kami adalah yang ketujuh menerima ijazah tarekat ini. 

dan tarekat ini selamat, dan  sesuai diamalkan pada akhir zaman ini. danutk pengetahuan, tarekat ini dibuat di surau Haji Awang,surau inilah mula2 tarekat ini diamalkan oleh anak-beranak namun masih belum disebar, kecuali pada zaman Said Linggi, beliau yang sebarkan kepada orang ramai

gamabr2 murabbi ustaz saari serta capal na'al :) 







teringat pesan abe nik, baiahlah, berkenaan nak amal atau tidak, itu perkara lain, sekarang kita nk ambil berkah, barokah dari orang2 soleh. kerana kita x tahu jalan mana yang akan ada berkat gurunya . maka ambil semua. para habaib juga berbaiah, ambik,  jika mampu, amalkan.


sebelum magrib .............. bersambung


3 comments:

  1. Aiwah3.... =) yg ni betambah2 jeles lg...
    nnti ukhti dtg Rasah N9 plak ye... Jumpa Dato' Syeikh Murtadza sbg wakil Tariqah Ahmadiyah Idrisiyah Rasyidiyah Dandarawiyah di Asia Tenggara, n ziarah maqam Al-Qutb Sidi Syeikh Muhammad Said Al-Linggi n keluarga.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti abg tolong bwkkan ukhti and the geng ikut ja :) , insya-allah, bila berkelapangan

      Delete
  2. insyaAllah.. semoga Allah permudahkan kerja kita =)

    ReplyDelete