sebelum ke rumah al-Fahdil Ustaz Saari , kami berkunjung ke
tempat bersejarah Puteri Saadong, gambar2 sekitar taman serendah sekebun bunga.
kolam ini x pernah kering biarpun pada musim kemarau
setelah ziarah ke tempat sejarah ,kami berekat seketika dan pada waktu hampir azan magrib kami sampai ke makam Haji Daud Bukit Abal (tarekat Ahmadiyah)
semasa dalam perjalanan
haji Daud dikenali beliau sebagai wali qutub nusantara,di dakwa pernah berhimpun di baitul makmur, persidangan wali2 Allah.
ok, info tarekat ini pengasasnya adalah sidi Ahmad, dan diturunkan kepada Sidi Ibrahim Arrsyidi, sidi Ibrahim ini hanyalah Khadam, tukang sapu kerana beliau dilarang oleh Sidi Amad masuk dalam majlisnya,
sehingga semasa kewafatan Sidi Ahmad , beliau mati di riba Sidi Ibrahim. dan sepakat penyambung sanad ini adalah kepada Sidi Ibrahim.namun Sidi Ibrahim menolak kerana merasakan dirinya tidak layak. Sidi Ibrahim ingin menyerahkan kepada Abdul Al, anaknya sidi Ahmad, namun Abdul Al, menolak kerana mengatakan Sidi Ibrahim yang layak memegangnya.
sehinggakan Sidi Ahmad hadir dalam mimpi Sidi Ibrahim "engkau yang layak mengantiku" . lalu barulah Sidi IBrahim menerima dan beliau memberi ilmu2nya.
salasilah tarekat Haji Daud adalah.
1) Sidi Ahmad
2) Sidi Ibrahim
3)Ahmad dandarawi
3)Ahmad dandarawi
4)Sidi Azahari
5) Haji daud Bukit Abal
6) Ayah mat abang.(masih hidup, tetapi sedikit uzur)
kesemua mereka wafat dengan meninggal di atas riba pewaris tarekat,,maksud disini, Sidi Ahmad meninggal di riba Sidi Ibrahim, sidi Ibrahim pula meninggal di riba Sidi dandarawi dan seterusnya sehingga sampai ke pada ayah mat abang.
setelah selesai melawat , kami terus ke masjid (lupa nama masjid)(lupa ambil gambar) utk solat magrib, dan selasai solat, kami pun melakukan zikir tarekat ahmadiah, cara zikir ini sangat berlainan, ia secara duduk dan berdiri, serta mengerakkan kepala hingga ke bawah bagian pusat,, macam2 caranya, dapat aku ambil video cara gerakannya. :)
semasa kami menyebut Allah! Allah! beramai2 ada syair yang didendangkan. syair itu seperti pernah ku dengar. rupanya-rupanya syair inilah yang sering didendangkan dalam kelas kami oleh Ustaz Muhammad Idris. ustaz Muhammad merupakan sepupu kepada ayah mat abang. ini info yang ummi isteri ayah mat yg beritahu, ummi sedikit uzur, tapi masih mampu berjalan sebelum berangkat pulang, umi memberi buah tangan kepada kami iaitu risalah al-aqoid wa fawaid
dapat buah tangan , abe nik jeles dia dop dpt, tulah dop gi jumpe umi ekpon
bekas mufti kelantan, Haji Asbullah
dalam gambar tu lelaki berbaju hitam, anak buah abe nik, lepasan maktab,rasenya sigle lagi :)
kesokan harinya, kami menziarahi bekas mufti kelantan, beliau koma setelah pulang dari Majlis Anugerah Tokoh Maulidur Rasul(hadhori). dan keluarga dari Allahyarham yang soleh2 sebelum meninggal mereka akan koma. abe nik beritahu, cara sebergitulah baik, elok kerana dalam koma Allah ingin kifarah dosa2, untuk sucikan dosa sebelum bertemu Allah swt. salah seorang guru beliau adalah Sayyid Alwi Al-Maliki. beliau x meletak jawatan mufti kerana ingin menjaga pentadbiran kelantan. sehingga koma, barulah diserahkan kepada timbalan muftinya
setelah itu, kami ziarah makam tok kenali, sahabat aku nisa adalah dari keturunan wali-Allah ini.
abg nik beritahu, 3 doa yang x pernah tok kenali putus meminta adalah, wafat pada hari jumaat, bulan ramadhon serta wafat di mekah. namun tok kenali wafat pada bulan syaaban , hari ahad. di kelantan. abe nik beritahu, "saya perhatikan ramai ulama wafat pada hari ahad"
abg nik beritahu, 3 doa yang x pernah tok kenali putus meminta adalah, wafat pada hari jumaat, bulan ramadhon serta wafat di mekah. namun tok kenali wafat pada bulan syaaban , hari ahad. di kelantan. abe nik beritahu, "saya perhatikan ramai ulama wafat pada hari ahad"
(lupa nk ambil gambar pondok serta syeikh krn hari ini, byk mencatat dari bergambar)
last sekali ziarah kami adalah bertemu syeikh Wazir tenaga pengajar di pondok moden, selama 21 tahun beliau mengajar di sini, beliau x pernah meminta upah satu sen pun. beliau juga mengajar di masjid Muhammadi. beliau belajar kitab Bukhari dengan Al-Sayyid Alwi Al-Maliki. beliau belajar di mekah selama 11tahun dan pakistan selama 13 tahun
aku ada bertanya, bagaimana peribadian gurumu Sayyid Alwi , di jawab ustaz. "suatu hari aku pernah duduk jauh dari majlis ilmunya, lalu sayyid Alwi memanggilku duduk dihadapan, duk jauh x reti nanti." semasa tiba bulan maulid, seluruh rumah sayyid bersih sebersihnya menunggu kedatangan kelahiran sang Rasul . berqasidah, mendendangkan syair2
syeikh juga banyak ceritakan berkenaan perihal wahabi. sangat banyak. kalam beliau, abe nik telah record, dan insya-allah abe nik akan post kalam syeikh wazir di Utube.
~siapa albani
~siapa albani
~imam2 mekah
~benarkah diraja saud wahabi?
~bezakah wahabi pattani , mekah?
~bezakah wahabi pattani , mekah?
abe nik beritahu, perubahan yang drastik berlaku di mekah, adalah selepas Sayyid Al-Maliki wafat, sejak itulah, puak2 wahabi berani membuat kehancuran di kota suci mekah.
PESANAN/NASIHAT/ILMU ABE NIK KEPADA KAMI
PESANAN/NASIHAT/ILMU ABE NIK KEPADA KAMI
gambar curi yg k2 , hehe, abe nik bersama Ustaz saari
~Ratib Al-Atas simbol keberanian
~Ratib Al-haddad simbolo kedamaian
~Allah beri hidayah, tapi kita sendiri yang x mengambil kesempatan, maka hidayah itu Allah swt hantar kepada orang lain
~ambillah banyak2 sanad, kita x tahu yang mana berkat asbab dari amalan itu. Tuhan akan tetapkan kecintaan atas jalan kita. akhirnya Allah swt akan beri.
~ abe nik pernah diculik (sbb cute sgt, hehe, gurau2), 30 orang pegang pedang, saya diikat, masa tu saya dengan Tuhan ja ingat, kena tumbuk, tapi alhamdulillah seinci x dop bekas. ini semua asbab pertolonggan Allah swt.
~ abe nik pernah diculik (sbb cute sgt, hehe, gurau2), 30 orang pegang pedang, saya diikat, masa tu saya dengan Tuhan ja ingat, kena tumbuk, tapi alhamdulillah seinci x dop bekas. ini semua asbab pertolonggan Allah swt.
~roh ada 2, pertama roh hakiki, roh ni lah yang akn kekal, sama akan ke syurga atau neraka, roh satu lagi dipanggil roh idofi yang beri kehidupan, roh ini sama dengan roh2 binatang
~yaqozah, roh dengan roh
~amal zikir ikut kata guru. guru kata macam tu,. buatlah macam tu, ini dipanggil disiplin ilmu dengan murabbi.
~ulama x suka berdebat
~tarekat sucikan diri, kena lihat keburukan kita. ni x mengaji tapi amal ja
~Guru memandu kita,
~berkenaan sistem wali, perhimpunan wali(yang ni ana x berani nk cerita panjang lebar , maaf)
~seseorang meminta upah atas setiap berkerjaan, adalah orang yang tiada hidayah
~penyakit gangguan jin, jin biasanya duduk di bahagian saraf tunjang. bila dia serat saluran darah. zahir penyakit medik . seperti santau, belalui angin, sakit asma
~solat zohor hingga waktu asar, sepanjang waktu tu hisab diri, apa yang aku buat antara 2 waktu tu. sucikan diri setiasa sblm solat, hisab diri setiap masa (5 kali sehari)
~rosaknya amal adalah kerana riok
~abdulqadir mandili, khadam masjidil Haram, ulama besar uswj. tapi setelah kewafatannya, anak dia membakar semua kitab2 penulisan ayahnya.
~abdulqadir mandili, khadam masjidil Haram, ulama besar uswj. tapi setelah kewafatannya, anak dia membakar semua kitab2 penulisan ayahnya.
~syurga melalui 4 pintu iaitu, Allah swt, Rasulullah saw, ibu bapa serta guru, kalau salah satu tertutup, maka x boleh masuk syurga.
~pentingnya memilih guru, yang dapat memandu, dan sahabat yang duduk di jalan yang sama.
inilah sedikit sebanyak pesanan beliau, sebenarnya banyak lagi, tapi x mampu untuk aku penulis. semoga blog ini memberi semangat kepada kalian untuk mencari jalan kerhedoan Allah swt.
abg 1st time ikut Zikr Tariqat Ahmadiyah time Majlis Haul Sidi Ibnu Idris minggu lepas... fuh... mula2 ddk tasyahud... pstu zikir berdiri mcm hdrah gitu... lazat... =)
ReplyDeletetp pastu, sakit2 pinggang abg..mcm nk demam rasanya...
hehe..
mmg pun abg. keesokannya. tidur lama gila.. letihh. hihi
Deleteboleh saya thu mcmne nk contact abe ni
Deleteskali dh join zikir halaqah bukit abal, nok mari sokmo
ReplyDeletealhamdulillah ..syukran atas info yang menyentuh sanubari
ReplyDelete