Thursday, 20 February 2014

ZIARAH MAKAM, ULAMA' SERTA TAREKAT. (1, MUKODDIMAH)

Assalamualaikum wbt. mungkin, blog kali ini adalah yang paling terpanjang kerana aku ingin ceritakan  permulaan perjalanan kami bertemu para2 alim, makam2 ulama, serta jalan tarekat di kelantan.

permulaan cadanganku serta rakan2 (fadhilah, husna, nisa) ,setelah tamat exam. kami hanya ingin bermalam di pondok pasir tumbuh, serta menziarahi satu, dua makam sahaja di kelantan, asbab diri kami memang kurang mengetahui berkenaan hal kesufian serta tasawwuf ini.

sehingga suatu hari, aku ceritakan kan perihal rancangan2 kami kepada k. ti (beliau juga yg membawaku bertemu  Al-Fadhil Ustaz Haji Saari Hussin, Mursyid bagi tarekat Ahmadiah Idrisiah )

sehinggalah suatu saat, abe nik , ingin membawa kami ke tempat2 makam berkenaan. Ahh! aku dengan senang hati , terus bersetuju . sebelum bertolak ziarah pada hari ini, kami (aku, k.ti dan abe nik) , msg dahulu, tanya makam mana ingin ziarah, adab2 berziarah. so di bawah ini adalah semua nasihat2 abe nik, maaf yee >_< , pesanan semua dlm bahasa kelantan pure :




~ulama ana tak kisah...wali tuh ana takut
~dia suluh sampai ke lubuk hati paling dalam
~.smua tu bukan bgantung pd tabir zahir....hok busuk dlm hati tuh hok ambo takut
~gini laa.. ana cuba suluh2 , mano tempat hok bulih dituju..esok ana wi maklumat
~ana kalu gi jupo ore2 tinggi martabat nih, takut keno marah
~bukan wak takut..puah keno doh. tapi takpo, untuk naik maqam.. .berkat ore alim tegur
~syeikh wazir pun ulama hebat..tp keno cek time dulu sebab dia mngajar. syeikh wazir bekas syeikh pondok moden
~ayah mad bukit abal pun boleh jugak..anak tok guru haji daud bukit abal.seorang kutubul ghauts . rabu malam kamis. majlis zikir tarikat ahmadiah bukit abal. .
~tempat seorang wali besar qutub nusantara allayarham tok guru haji daud bukit abal.sekarang anak dia amik alih..ayah mat adik dan ayah mat abang .
~maksud ana susah skit sbb kita nak ngadap mereka2 yg ana sbut tadi di rumah mereka. bila ramai, mcm rombongan pulak. kalo gi kubur takpo ramai2.
~ana sbenarnya bukan tak nak bagi pergi ramai, tp bg ana, kalo nak ziarah org yg masih hidup, rasa mcm tak selesa kalo gi umah ore ramai2..sbb mereka ni jenis bukan ustaz2 popular mcm dalam tv tu..mereka ni ahlillah..arifbillah. bila kita pergi ramai, jadi umum..takda la kelebihan yg khususi utk kita. lagipun, guru ana ajar cm ni.
~ana rasa, molek doh enti nakgi satu kereta tu set2 puan je...mano la tahu kalo2 ado buah tangan untuk ore2 puan hok syeikh buleh wi, boleh ana kuar majlis kejap. maksud ana, buah tangan bersifat teguran ke, fadhilat ke, ijazan khusus ke.apa2 la.
~cuma nasihat ana kalo boleh jgn ramai.  kalo ramai, ambo keno pilih2 juga la siapa yg kita nak ziarah tu.
~yp, kalo boleh, nak bawa gi jumpa tok ayah mat lundang paku . anak murid syeikh said waliyullah..syeikh said tu murid wali ismail.ayah mat sedang sakit loni. umur 130tahun dah .ayah mat juga adalah guru kepada syeikh mahmud kedah yg meninggal tahun lepas.
~paling ana runsing ttg ramai2 pergi tu, tang jumpa ayah mat ni la.
keadaan dia tu mcm tak sesuai untuk ziarah ramai.takut jumpa dia sbb dia seorang yg kasyaf. org2 lagu ni, mereka memandang kita pada watak hati kita.
kalo watak hati kita tu syaitan, dan kebetulan mereka itu fana, baik kita diam..nanti la ambo ajar skit sbyk adab2. banyak istighfar .niat untuk amik keberkatan dari .mereka.jgn byk bercakap dihadapan mereka..jangan banyak bertanya.bg perhatian 100 peratus apa yg mereka cakap.

~paaalinggg pentingggggg....jaga hati, jgn ada sikit pun husnu zon kalo terpandang walau sebutir biji gandum apa yg tidak kena dimata kamu.
~ana biasanya kalo jumpa org alim, ana rekod suara mereka.

~amho nak pesa sgt2, jgn sangka buruk sikit pun kalo ada yg tak kena dimata kita.
misalnya nampak dia meludah. atau bau hancing tempat duduknya. ana bgatau ni bdasar pengalaman ana ditarim. lebih2 lagi masa ziararah habib maula.


ada org pandang jijik bila habib meludah didalam kopiahnya sendiri..habib maula buta dan terlantar kerana kakinya dirantai. dia dirantai kerana dia tak mampu menutup karomahnya dari pandangan umum. sedangkan atuk habib abdullah syihab iaitu habib alwi telah pun meminta allah menutup keramat para wali dibumi tarim pada pandangan umum. tetapi habib maula tak mampu tutup..maka para habaib bersepakat menangkapnya dan rantai...kalau tidak.. dia tak berjalan.kerana dia terbang.ada org sangka buruk bila dia meludah didalam kopiah. lalu masa tu jugak dia menunjukkan pada yg hadir bahawa didalam kopiahnya bersih dan suci.
usahkan time nak melawat habib, nak masuk hadramaut pun kena bersangka baik dan jaga hati. org yg hati bersih , bila masuk tarim , sekejap je dapat futuh


ini baru permulaan, belum lagi cter berkenaan pengalaman. hehe,

korang nampak x? apa yang aku ingin ceterkn. niat kami yang pertama hanya mahu pergi ziarah makam sahaja, namun perancangan Tuhan. Allah hantar insan2 yang memudahkan perjalanan kami.  bukan sahaja makam bahkan orang Alim dapat turut sama kami bertemu.  dan pengalaman kali ini. memang x disangka-sangka bergitu banyak impak dalam diri aku.  aku ke , insan yang beruntung?

ye , aku pernah terdetik, ruginya aku, belajar di negeri yang banyak allamah2 , pondok2 namun, x pernah ziarah mereka. terdetik satu kesalan. ye lahh. nak tahu dari mana tempat2 ahli ibadah.  aku ni budak2 lagi.hingusan. alim jauh sekali, bahkan akulah ahli maksiat. . satu persoalan aku hari ini. siapa aku? persoalan yang berlegar2.


gambar curi dari fb abe nik. lupa pulak nk ambik gambar mase ziarah, hihi

ok. pengenalan abe nik . siapa beliau? beliaulah insan yang membawa kami ke curuk2 kampung yang terdapat Wali2 Allah. serta makam2. beliau adalah tok imam  di  masjid kg. masjid paya lada , ketereh. berumur linkungan 35. belajar di pakistan. pernah menjadi lecture, namun asbab ingin fokus kepada mencarian dalam agama. beliau meninggalkan kerjayanya. pernah berdebat dengan para2 paderi (negeri om putih, aku lupa nama apa ng. tu)

 maaf ye.. status beliau sudah berkahwen jangan kacau line. hehe. aku rasa serba salah sangat. korang tahu , seharian abe nik melayan kerenah kami(ziarah) . dari pagi hingga malam. Allah!! malu diri ini. hatta abe nik  myuruh isterinya x kerja hari ini. dsebabkan kami. kami!. tebal muka >_< . tu belum termasuk minyak kereta. letih seharian. belanja makan. 

aku tertanya-tanya. siapa kami sehinggakan abe nik sanggup melayan kami sebegitu rupa. kami ni hanya student . budak2 yang jahil tentang jalan tasawwuf dan kesufian.

ya allah limpahkanlah selawat dan salam atas penghulu kami nabi muhammad.cahayaMu yang paling elok, yang sentiasa didalam pertolonganMu.dan himpunkanlah daku bersamanya pada setiap ketika..wahai cahaya. selawat untuk membuka asrar dan cahaya kenabian...

alhamdulillah pada hari khamis 20/2/2014, pengakhiran ziarah kami, ana minta diberi ijazah selawat al-nur kepada diri ana sendiri serta rakan2.kami diberi izin , menerima ijazah berkenaan dari abe nik dan diambil dari al-Habib Ali Ibn Abu Bakar, Tarim , hadramaut , yaman

dan alhamdulillah.cara mengamalkan zikir ini adalah dengan membacanya 70 kali dalam masa satu hari (24 jam) . abe nik beritahu selepas amalkan selawat ini, apa2 yang berlaku, mean, rasa diri ini hebbat, or dapat duit banyak dari asbab selawat ini, abe nik menyuruh kami hubungi beliau terus. bimbang jika2 ada yang sengaja ingin menumpang . selawat itu baik namun banyak makhluk yang mengambil kesempatan, ingin menjauhkan kita dari amalan2 ini.  niatkan dalam jiwa, ingin amalkan tarekat ini supaya menjadi hamba yang taat kpd Allah swt. serta lebih mencintai Rasulullah saw.

aku tertarik kisah abe nik, sebelum mendapat ijazah ini. banyak  peristiwa2 yang berlegar dalam fikirannya berkenaan rasulullah saw(mimpi).  lalu habib memberikan ijazah ini direct kepada abe nik. habib mengatakan "amalkan selawat ini , engkau akan dapat mengunkai persoalanmu "

tahukah kalian. abe nik pergi ke tarim. dengan tiada apa2 niat, kebiasaannya sesiapa yang berkunjung ke kota tarim adalah untuk mengambil barokah, menuntut ilmu dan sebagainya , yang tidak berkaitan duniawi.

abe nik menceritakan kisah beliau sampai ke tarim, tanpa apa2 maksud. rupa-rupanya. Allah menjawab  segala persoalan yang berlegar di fikirannya selama ini  dengan berada di kota tarim hadramaut.

sambungan......................







9 comments:

  1. Tuan Guru Syeikh Hj Wazir Che Awang tu tok guru saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-allah, banyak lagi berkenaan syeikh wazir, pengalaman beliau serta pesanan kpd kami yang ingin saya ceritakan, insya-allah, blog akan datang, sedang siapkan :)

      Delete
  2. waaaaaa.ini abg jeles..huuuuuu

    ReplyDelete
  3. sunggu menarik. mcm mane cara tuk saya contact abe nik

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh add fb beliau, ana dah lapirkan acc fb nya di fb :)

      Delete
  4. Allah...pengalaman yang sangat bagus dan sangat berharga bagi saya terhadap kalian.....teruskan usaha kalian...moga diberkati oleh Allah.. ^_^

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete