Saturday, 22 March 2014

Ziarah Maqam Di Terengganu (2)


ok, sekarang barulah bermula ziarah pertama kami yakni Makam tok Ku Tuan besar yang berada di belakang masjid cabang tiga.




 beliau mempunyai suara yang merdu mengalunkan puisi2 serta dari beliaulah bermulanya syahadah tok ku, yang dipopularkan oleh anaknya yakni tok ku paloh.

setelah itu kami menziarahi Maqam Tok Ku Maqam Lama. dikhabarkan, keanihan makam ini, batu nisannya hidup, semakin mbesar/memanjang(terdapat di gambar  bawah). semasa menziarahi beliau, habib mukmin bpesan supaya punggung tidak mengadap pada maqam.










Maqam isteri beliau

Seterusnya Maqam ketiga , kami menziarahi Maqam tok ku Melaka. Pada zamannya, telah difatwakan HARAM merokok, itu pada zamanya, sekarang???






Maqam keempat adalah MaqamTok Ku Paloh,  untuk pergi ke maqam beliau , adalah melalui 2 jalan,  yakni mlalui bukit or tangga, (aku memilih tangga sbb sblm ni naik bukit sokmo). sebelum kami berawassul di maqam beliau, 



kami beristirehat di bangku yang tersedia di hadapan maqam. semasa di bangku inilah kami bermuzakarah, pelbagai topik seperti, wangian ros? apakah? wangian berkenaan didakwa seperti haruman Rasulullah saw. jika kalian menyedari Sultanul Awliya Syeikh Muhammad Nazim Al-Haqqani, beliau sering menyelit/meletak bunga ros di serbannya. 



Maqam tok ku syed saggaf, 

surau yang didirikan atas namanya serta usahanya , terdapat di kampung gong kapas, perkampungan ahli-bait, di surau berkenaan, pernah dihadiri, habib Umar Ibn hafiz, sayyid Muhammad Almaliki alhasani, habib Ali Zainal Abidin, serta habib2 yang lain, x dapat alfaqirah mencatat nama2 habaib yang pernah menziarahi surau saggaf.

bersebelah maqam beliau adalah isterinya, dan kebanyakkan maqam2 yang alfaqirah ziarahi, maqam auliya sentiasa di sisinya adalah maqam zaujahnya/ isterinya


seterusnya , kami  menziarahi di maqam Tok Ku Pulau Manis, atau dikenali Syeikh Abdul Malik, nama beliau juga terpahat kenangan di salah sebuah sekolah sempena namanya, yang dahulunya adalah rubath/pondok dan sekarang telah bertukar menjadi Sekolah Agama. Jika kalian membaca akhbar, di maqam inilah para penjudi, menilik nombor ekor di maqamnya , lalu tidak menjumpai jalan keluar dari maqamnya.






seterusnya, kami menziarahi..................












No comments:

Post a Comment