Monday, 24 March 2014

Ziarah Maqam di Terengganu (3)

seterusnya, setelah siap menziarahi 6 maqam, kami terus menjamu selera nasi arab. ihhihi. serta setelah itu, kami terus menunaikan solat fardu zohor di Masjid yang berhampiran. 

kami terus ke maqam Tok Syeikh Duyung , di tengah2 kebingitan kota raya terengganu, rupanya tersimpan pelbagai maqam2 disini, kami sampai di sini, semasa Matahari memang terik memancar cahayanya. huhuhuhu,   relax2 ini baru panas di terengganu, belum di yaman lagii. hihi (yaman?? almaklum akn ke sana semasa bln syaban,  Ramadhon dan syawal .2 bln perkampungan di sana. mago alfaqirah mampu mujahadah di sana serta pulang dari kota seribu para wali tarem, membawa pulang asror. Amin!!!. doakan alfaqirah supaya berjalan lancar )








Di perkuburan yang sama terdapat Maqam syeikh Abdul Qadir Bukit Bayas.  beliau merupakan salah seorang Tok Guru kepada Tok Ku Tuan Besar (makam pertama yang alfaqirah ziarah di belakang masjid cabang tiga)



maqam syeikh Ibrahim juga terdapat di sini. ini bermakna, 3 makam auliya' terhimpun di sini. perkuburan ini juga terdapat ahli kerabat diraja. insyaAllah alfaqirah akan selitkan gambar2 nya di bawah. 






seterusnya kami terus ke maqam Tok Pelam





Bersebelahan binaan Maqam tok Pelam terdapat telaga, dan dikatakan telaga berkenaan apabila dibuat air tawar rasanya seperti air zamzam. 

Alhamdulillah semasa kehadiran kami, tukang pemegang kunci maqam juga menziarah pada waktu yg sama. 
Alhamdulillah, dptlah kami masuk ke dalam binaan Maqam berkenaan. 





Bersebelahan Maqam Tok Pelam, terdapat surau  yg diusahakan oleh beliau sendiri, namun surau berkenaan sudah dalam pembinaan. 

dikisahkan dari Habib Mukmin, bahawa ernah suatu ketika seorang pekerja bagladish solat dan zikir  di surau berkenaan. lalu beliau ketiduran. di dalam mimpinya hadir satu lembaga yg berjubah putih, memberinya tasbih. MasyaAllah. Insan yg beruntung.

maklumat yg alfarirah perolehi, Surau ini juga dahulunya Ustaz Azhar Idrus, berzikir secara rohani. kerana asbab dari amalan beliaulah, UAI memperolehi futuh.


pengakhiran ziarah kami adalah pada Maqm Habib Yassin Benyahya, ia merupakan moyang kepada alfaqir, karana alfaqir juga adalah dari kabilah benyahya



Alhamdulillah, Kalimah Syukur kpd Allah swt, yang melancarkan segala urusan kami pada hari berkenaan. syukran tidak dilupakan kpd habib Mukmin serta K.nurolhayat, kerana banyak membantu/ mempermudah kan ziarah kami. 


























No comments:

Post a Comment